SELAMAT MELAYARI BLOG KAMI...TERIMA KASIH

Saturday 12 May 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Rancangan Pengajaran Harian - Bahasa Melayu Tahun 3

Tarikh                                      : 02.05.2012    
Masa                                        : 60 minit
Tahun                                       :Tahun 3
Mata Pelajaran                         : Bahasa MelayuTahun 3
Unit                                          : 7
Aras                                         : 1
Tema                                        : Makanan Berasaskan Pertanian
Tajuk                                        : Makanan Berasaskan Pertanian

Hasil Pembelajaran ( Fokus utama)
 4.2.  Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan  maklumat yang   disampaikan oleh pihak lain
Aras 3
8.2.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.          
i. Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar  
            
Aras 3
i.Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks. 
11.1.Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
i.Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca

Hasil Pembelajaran (fokus sampingan)
7.2.Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa 
yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.                   
Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

Objektif Pembelajaran.
1.Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang 
pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.
            
Pengetahuan sedia ada : Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil - hasil pertanian        
Bahan Bantu belajar     : Teks,  gambar digital, :lembaran kerja,            
Sistem bahasa               : a) Morfologi kata adjektif seperti
                                        b) Sintaksis : ayat tunggal.
                                        c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa.
                                        d) kosa kata : berkhasiat,vitamin,kesihatan,disekeliling.
 
Langkah dan Masa
Huraian hasil pembelajaran dan kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Induksi set
5  minit
1. Kepentingan makanan   
    daripada pertanian




1.    Murid  melihat gambar buah-buahan.
Murid menjawab soalan guru
a) Apakah nama buah-buahan yang  anda dilihat?
b)Guru meminta murid menyanyi lagu buah-buahan.
d) Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran?
 ( makanan berasaskan pertanian )
BBB. Gambar buahan
-lagu buah-buahan tempatan.

Langkah 1
10 minit
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain



1.  -Guru menunjukkan gambar pokok pisang
2.  -Guru bersoal jawab dengan murid tentang pisang
-     Kegunaan daun pisang
-     buah pisang
3.Guru menunjukan gambar hasil daripada buah pisang
4. Guru meminta dua orang murid mencerita pengalaman mereka membantu ibu atau keluarga mereka membuat kerepek
BBB: Gambar digital –pokok pisang, hasil daripada buah pisang.

Nilai ; Kebersihan sewaktu membuat kerepek, memasak goreng pisang
Langkah 2
20  minit
Aras 3
Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

1.Guru menunjukkan gambar pokok yang lain seperti gambar pokok kelapa,dan kelapa sawit.
2.Guru bertanya beberapa soalan kepada murid tentang kegunaannya dan hasil makanan yang diperolehi daripada tanaman tersebut.
3.Makanan yang dihasilkan daripada tanaman-tanaman lain seperti nenas, betik dan lain-lain
4.Guru memberi teks tentang buah-buahan dan meminta urid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.Guru dan murid berbincang tentang teks.
6. Murid membina  ayat berdasarkan  gambar tanaman  yang di lihat.







BBB: Gambar dari  internet

Langkah 3
20  minit
Aras 1
Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

1.Murid menjawab lembaran kerja teka silangkata.

2.Murid menulis 4 ayat  tunggal berdasarkan makanan    berasaskan  pertanian
BBB: Teka silang kata/lembaran kerja/komputer
KB: Menjawab teka silang kata
Kecerdasan pelbagai
Penutup
5  minit

1 Guru dan murid menyanyikan lagu buah-buahan
Bahan audio
(lagu buah-buahan) dan
Lirik lagu

No comments:

Post a Comment