SELAMAT MELAYARI BLOG KAMI...TERIMA KASIH

Saturday 12 May 2012

LANGKAH 2


PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH



Pokok Kelapa



Pokok Kelapa Sawit



Pokok Betik

 

Pokok Nenas


Berdasarkan gambar yang kamu lihat apakah kegunaan pokok di atas kepada kita,dan apakah makanan yang kita peroleh daripada pokok-pokok tersebut?

Selain daripada pokok-pokok yang kamu lihat di atas..kita juga boleh mandapatkan makanan daripada hasil tanaman pokok nenas, betik dan tanaman-tanaman lain.

Baiklah, murid-murid..sekarang baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonansi yang betul.

 

Kebaikkan Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.



 Berdasarkan petikan di atas kita haruslah berbangga kerana negara kita mempunyai berbagai jenis buah-buahan   tempatan.....buah-buahan tempatan banyak khasiatnya  untuk kesihatan kita.Oleh itu kita seharusnya mengamalkan memakan buah-buahan tempatan yang senang diperoleh di negara kita.


Seterusnya,kamu dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan gambar-gambar berikut:-



 1...............................................................................................................................................




2..................................................................................................................................................




3................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment