SELAMAT MELAYARI BLOG KAMI...TERIMA KASIH

Saturday 1 December 2012

Monday 26 November 2012

STORYBOARD


Program Pensiswazahan Guru USM
(Kota Bharu) Kohort 3

KPP 3026 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN

Projek Berkumpulan
Video untuk Modul Atas Talian

Norhayati Binti Yusof - PPG/11407/12
Nik Suanizan Binti Saari - PPG/11384/12
Azmi Bin Kassim - PPG/12961/12
Azhar Bin Yahya - PPG/11297/12
Norhayati Binti Hassan- PPG/11049/12

Pensyarah: PM Dr Rohizani Binti Yaakob

STORYBOARD
MAKANAN BERASASKAN PERTANIAN
A) SET INDUKSI
Puan. Nik Suaniza Binti Saari mempamerkan gambar buah-buahan kepada murid-murid.
 Guru bersoal jawab dengan murid tentang buah-buahan tempatan.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Murid-murid dan guru menyanyi lagu buah-buahan.
LANGKAH 1
Cikgu Azmi Bin Kassim menunjukkan gambar pokok pisang
dan bersoal jawab dengan murid tenteng kegunaan pokok pisang.

Murid menjawab soalan tentang kegunaan pokok pisang,daun pisang
dan buah pisang.Guru meminta murid bercerita berkaitan pengalaman
mereka membantu ibu membuat kerepek pisang.

LANGKAH 2
En.Azhar Bin Yahya menunjukkan gambar pokok kelapa sawit dan pokok kelapa
sambil bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan pokok tersebut dan hasil
makanan yang diperolehi daripada tanaman tersebut.

Guru memberi teks tentang buah - buahan dan murid membaca teks tersebut
dengan intonasi yang betul .Guru dan murid berbincang tenteng teks.
Seterusnya,murid membina ayat berdasarkan teks
dan gambar yang dilihat. 
LANGKAH 3

Pn.Norhayati Binti Yusof memberi penerangan cara menjawab
teka silang kata.


Murid - murid menjawab teka silang kata dan menulis ayat tunggal
berdasarkan makanan berasaskan pertanian.


Guru membuat penilaian teka silang kata dan ayat yang
dibina oleh murid.

PENUTUP

Pn.Norhayati Binti Hassan bersoal jawab dengan murid untuk menutup
proses pengajaran dan pembelajaran hari ini serta membuat pengukuhan.

Guru meminta murid menyanyi lagu buah - buahan bersama - sama.


PEMBAHAGIAN TUGASAN VIDEO ATAS TALIAN
1)Norhayati Binti Yusof - PPG/11407/12
- Menyunting dan memuat naik video.
 2)Nik Suanizan Binti Hassan - PPG/11384/12
- 'Download' lagu buah - buahan tempatan dan membuat 'story board'
 3)Azmi Bin Kassim - PPG/12961/12
- Membuat rakaman video.
 4)Azhar Bin Yahya - PPG/11297/12
- Membuat rakaman video.
 5)Norhayati Binti Hassan- PPG/11049/12
- Menyediakan bahan dan gambar untuk proses pengajaran dan    pembelajaran.

PENGHARGAAN

          Terima kasih kami ucapkan kepada semua pensyarah KPD 3026 (PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2) yang telah memberi tunjuk ajar dan info yang berguna kepada kami dalam menghasilkan vedio atas talian ini dan 'story board'.
          Terima kasih juga ditujukan kepada ahli kumpulan yang berusaha bersungguh - sungguh dalam menjayakan tugasan ini. Kerjasama yang diberikan amat dihargai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan PPG USM yang turut membantu menjayakan tugasan ini.
          Akhir kata , terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja khusus ini.









Saturday 12 May 2012

Program Pensiswazahan Guru USM (Kota Bharu) Kohort 3
KPD 3016 Pengajaran, Teknologi & Penaksiran
Projek Berkumpulan
Modul Atas Talian

AHLI KUMPULAN: 

Norhayati Bt Yusof                            (PPG/11407/12)
Norhayati Bt Hassan                         (PPG/11049/12)
Nik Suanizan Bt Shaari                     (PPG/11384/12)
Azmi Bin Kassim                                (PPG/12961/12)
Azhar Bin Yahya                                 (PPG/11297/12)

PENSYARAH :   DR. AZIDAH ABU ZIDEN

***********************************************************************************************
TUGASAN AHLI KUMPULAN.

1.Norhayati Bt Yusof                           (PPG/11407/12)
   (Memdeftar dan membina desaing blog )
2.Norhayati Bt Hassan                      (PPG/11049/12)
   ( Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian )
3.Nik Suanizan Bt Shaari                 (PPG/11384/12)
   ( Download dan upload gambar ke dalam blog )
4.Azmi Bin Kassim                            (PPG/12961/12)
   (Download dan upload video ke dalam blog )
5.Azhar Bin Yahya                            (PPG/11297/12)
   ( Menyediakan petikan dan lambaran kerja serta  upload ke dalam blog)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Rancangan Pengajaran Harian - Bahasa Melayu Tahun 3

Tarikh                                      : 02.05.2012    
Masa                                        : 60 minit
Tahun                                       :Tahun 3
Mata Pelajaran                         : Bahasa MelayuTahun 3
Unit                                          : 7
Aras                                         : 1
Tema                                        : Makanan Berasaskan Pertanian
Tajuk                                        : Makanan Berasaskan Pertanian

Hasil Pembelajaran ( Fokus utama)
 4.2.  Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan  maklumat yang   disampaikan oleh pihak lain
Aras 3
8.2.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.          
i. Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar  
            
Aras 3
i.Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks. 
11.1.Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
i.Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca

Hasil Pembelajaran (fokus sampingan)
7.2.Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa 
yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.                   
Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

Objektif Pembelajaran.
1.Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang 
pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.
            
Pengetahuan sedia ada : Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil - hasil pertanian        
Bahan Bantu belajar     : Teks,  gambar digital, :lembaran kerja,            
Sistem bahasa               : a) Morfologi kata adjektif seperti
                                        b) Sintaksis : ayat tunggal.
                                        c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa.
                                        d) kosa kata : berkhasiat,vitamin,kesihatan,disekeliling.
 
Langkah dan Masa
Huraian hasil pembelajaran dan kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Induksi set
5  minit
1. Kepentingan makanan   
    daripada pertanian




1.    Murid  melihat gambar buah-buahan.
Murid menjawab soalan guru
a) Apakah nama buah-buahan yang  anda dilihat?
b)Guru meminta murid menyanyi lagu buah-buahan.
d) Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran?
 ( makanan berasaskan pertanian )
BBB. Gambar buahan
-lagu buah-buahan tempatan.

Langkah 1
10 minit
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain



1.  -Guru menunjukkan gambar pokok pisang
2.  -Guru bersoal jawab dengan murid tentang pisang
-     Kegunaan daun pisang
-     buah pisang
3.Guru menunjukan gambar hasil daripada buah pisang
4. Guru meminta dua orang murid mencerita pengalaman mereka membantu ibu atau keluarga mereka membuat kerepek
BBB: Gambar digital –pokok pisang, hasil daripada buah pisang.

Nilai ; Kebersihan sewaktu membuat kerepek, memasak goreng pisang
Langkah 2
20  minit
Aras 3
Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

1.Guru menunjukkan gambar pokok yang lain seperti gambar pokok kelapa,dan kelapa sawit.
2.Guru bertanya beberapa soalan kepada murid tentang kegunaannya dan hasil makanan yang diperolehi daripada tanaman tersebut.
3.Makanan yang dihasilkan daripada tanaman-tanaman lain seperti nenas, betik dan lain-lain
4.Guru memberi teks tentang buah-buahan dan meminta urid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.Guru dan murid berbincang tentang teks.
6. Murid membina  ayat berdasarkan  gambar tanaman  yang di lihat.







BBB: Gambar dari  internet

Langkah 3
20  minit
Aras 1
Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

1.Murid menjawab lembaran kerja teka silangkata.

2.Murid menulis 4 ayat  tunggal berdasarkan makanan    berasaskan  pertanian
BBB: Teka silang kata/lembaran kerja/komputer
KB: Menjawab teka silang kata
Kecerdasan pelbagai
Penutup
5  minit

1 Guru dan murid menyanyikan lagu buah-buahan
Bahan audio
(lagu buah-buahan) dan
Lirik lagu

SET INDUKSI

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Apakah nama buah-buahan yang kamu lihat?
Di manakah kita boleh dapat buah-buahan tersebut?
Apakah khasiat jika kita amalkan memakan buah-buahan?

Sekarang sama-sama kita nyanyikan lagu
"Buah-Buahan Tempatan"


Berdasarkan beberapa buah-buahan yang kita lihat tadi...sebenarkan banyak sumber makanan yang kita peroleh berasaskan pertanian..pada kali ini kita akan melihat antara sunber makanan yang berasaskan pertanian..

LANGKAH 1


POKOK PISANG

Berdasarkan gambar yang kamu lihat....cuba kamu nyatakan apakah kegunaan;-
           1.Daun pisang, dan
           2.Buah pisang
Antara kegunaan daun pisang kepada kita ialah;



Pembungkus Kuih



Pembungkus Nasi Lemak





Baiklah murid-murid.Siapa pernah menolong ibu bapa atau keluarga kamu menanam pokok pisang..boleh tak kamu ceritakan secara ringkas bagaimana cara-cara menanam pokok pisang?




Menanam Pokok Pisang



LANGKAH 2


PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH



Pokok Kelapa



Pokok Kelapa Sawit



Pokok Betik

 

Pokok Nenas


Berdasarkan gambar yang kamu lihat apakah kegunaan pokok di atas kepada kita,dan apakah makanan yang kita peroleh daripada pokok-pokok tersebut?

Selain daripada pokok-pokok yang kamu lihat di atas..kita juga boleh mandapatkan makanan daripada hasil tanaman pokok nenas, betik dan tanaman-tanaman lain.

Baiklah, murid-murid..sekarang baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonansi yang betul.

 

Kebaikkan Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.



 Berdasarkan petikan di atas kita haruslah berbangga kerana negara kita mempunyai berbagai jenis buah-buahan   tempatan.....buah-buahan tempatan banyak khasiatnya  untuk kesihatan kita.Oleh itu kita seharusnya mengamalkan memakan buah-buahan tempatan yang senang diperoleh di negara kita.


Seterusnya,kamu dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan gambar-gambar berikut:-



 1...............................................................................................................................................




2..................................................................................................................................................




3................................................................................................................................................